Tuesday, 1 January 2013

Tips cara kurangkan loya dan muntah sewaktu hamil

 

         
Ramai yang tak tau kan care2 nak atasi masalah2 mase kehamilan . Ni nak share ckit la psl kehamilan . Da bis study tak salah rasenyer nk share ngan sumer org . Ape yg patot aku share , aku share . yg pasal lain ader , tp kena la tunggu dan jgn lupe follow blog aku yer .
          Slalonyer waktu pregnant perkara yg biase skali berlaku adalah muntah . Tapi sbnarnyer , Muntah tu perkare biase bg ibu mengandung . Biasanya berlaku pada lepas 6 minggu kehamilan dan akan hilang sebelum 12 minggu minggu kehamilan . Tapi tak semua ibu mengandung akan muntah . Yang tak pernah muntah , jgn la pulak risau sbb ape x muntah . B'syukur lebih baik kerana muntah nih t'seksa tau .  Disebabkan muntah lah ibu tak kan makan . Bila tak makan , baby kurang dpt nutrient dlm badan . Sekali gus mudah mendapat jangkitan .

          Cara nak atasi masalah muntah ngan loya nih senang jew , antarenyer :-

1. Makan sedikit tetapi kerap . Tapi , jangan tak makan langsung yer .

2. Makan makanan yang mengandungi karbohidrat untuk membantu hilangkan rasa mual...antaranya roti dan kentang...


3. Sewaktu bangun daripada tidur terutamanya pada waktu pagi...jangan terus bangun secara tiba2.. haruslah duduk terlebih dahulu untuk menstabilkan tubuh sebelum bangun secara perlahan2.

4. Hindari makan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia akan menburukkan lagi gejala morning sickness / loya dan muntah .


5. Pastikan anda minum air yang banyak walaupun sering muntah. minum air masak atau pun jus buah-buahan. ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air secukupnya... hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kafein...(kopi, teh, nescafe,indo cafe dan semua yang ada cafe2 kat belakangnya...)

6. Jika anda merasa mual yang teruk sehinggakan tak boleh langsung nak makan...berjumpalah dengan doktor. ubat tahan muntah pasti akan membantu anda...


7.Anda boleh cuba amalkan minuman halia... ini kerana halia diakui secara tradisi boleh mengatasi rasa mual.

8. Kurangkan berada dihadapan komputer kerana papan monitor boleh menyebabkan morning sickness anda makin menjadi2 .

9. Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. anda juga boleh minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu .

10. Pakai baju longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual . kerana baju yang ketat ni akan menekan bahagian perut...


Itu lah antara nya yg dapat saya kongsikan serba sedikit tentang atasi masalah loya dan muntah . Arap anda semua dapat mempraktikkan nyer dan jika loya dan muntah berlarutan , dapatkan nasihat doktor di klinik berhampiran .

         
Selamat Mencuba

Thanks For Reading =)

1 comment:

  1. How to get to Golden Nugget by Bus or Train - Dr.MCD
    The nearest stations to 김천 출장샵 Golden Nugget Casino will be:. The 강원도 출장샵 nearest stations to 포항 출장안마 Golden Nugget Casino will be:. The 안양 출장안마 nearest stations to 여수 출장안마 Golden Nugget Casino will be:.

    ReplyDelete

What's your comment for this post ? =)

Copyright (c) 2012 By NadHamdan