Kaki bengkak ? ? ?
Macam mane nak kurangkan yer ? ? Sebab ape yer jadi mcm tuh ? ? Kalau nak elak
memg tak bolehla sebab biasa berlaku dikalangan ibu yg hamil . Cume kiter dpt
kurgkan jew . Bagaimana ? Macam mana ? Soalan yang biasa ibu akan tanya .
Misi kat klinik tak bg tau ker ? tak sempat kot . Tak pe lah , misi nad ader
nih , , , heheh
Faktor yang biasa berlaku :-
- Cuaca yang sangat panas
- Berdiri terlalu lama
- Melakukan aktiviti yang terlalu banyak
- Pengambilan garam yang berlebihan seperti ikan masin
- Minum minuman kopi atau yang berkafein yang berlebihan
Care nak kurangkan :-
1. Elakkan dari berdiri
terlalu lama .
2. Sewaktu tidur atau
rehat , alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan
anda.Tapi awas ! Jika anda ada sakit jantung atau b'kaitan ngan jantung ,
tidak digalakkan meletakkan kaki atas bantal tetapi cubelah kaedah yg lain
.
3. Rehatkan diri
seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap
untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak
pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang
sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki
4. Elakkan dari memakai
stokin atau seluar yang ketat . Ini adalah kerana akan menghalang peredaran
darah sampai ke otak
5. Wanita hamil
digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan
pengaliran darah yang lebih lancar
6. Amalkan pemakanan
yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food
7. Elak dari memakai
kasut bertumit tinggi tetapi pakai lah kasut yang tumit rata
8. Minum banyak air
masak kerana boleh mengurangkan pengekalan air dalam badan
Rase-rase
okey tak ? Boleh buat ? Bak kater orang “nak seribu daya tak nak seribu dalih”
Selamat
Mencuba dan Selamat beramal ^_^
No comments:
Post a Comment
What's your comment for this post ? =)